Saturday, March 28, 2015

Amalan Yang Terbaik Dalam Islam

Amalan Yang Terbaik Dalam Islam



Daripada  Abdullah bin Amru  bin al-‘As RA, bahawasanya seorang lelaki telah bertanya kepada Rasulullah SAW, “Apakah amalan yang terbaik dalam Islam?” Baginda bersabda:
"Memberi makan makanan dan memberi salam kepada orang engkau kenal dan orang yang engkau tidak kenali."

Ukuran Kekuatan Muslim Pada Menahan Nafsu Marah

Ukuran Kekuatan Muslim Pada Menahan Nafsu Marah 


Daripada Abu Hurairah RA bahawa Rasulullah SAW bersabda:
"Bukanlah ukuran kekuatan seseorang itu dengan menewaskan lawan tetapi orang yang kuat itu ialah orang yang dapat menahan hawa nafsunya ketika marah."

Larangan Membuat Hadith Palsu

Larangan Membuat Hadith Palsu 



Dari Mughirah r.a katanya ia mendengar Rasulullah s.a.w bersabda:
"Sesungguhnya berdusta berkenaan dengan ucapanku tidaklah sama dengan dusta terhadap ucapan orang lain. Siapa yang sengaja berdusta tentang hadithku, maka hendaklah dia menempati tempatnya di neraka."
SUMBER : http://www.islam.gov.my/e-hadith